Ads Top

#10 – Buka Puasa Mukbang

Betapa pantas masa berlalu. Sedar tak sedar kita sudah melalui malam ke-10 Ramadan.

Bulan puasa sering dikaitkan dengan makanan. Secara tradisinya, akan bercambah lah bazar-bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka yang membuatkan kita rambang mata. Sekalipun tempoh PKP kali ini kita tidak melihat fenomena bazar Ramadan seperti sebelumnya, namun jangan pelik, tabiat membazir mungkin masih ada di rumah-rumah kita.

Ayuh kita berhenti sejenak dan berfikir – adakah kebiasaan yang bersifat pembaziran dan tidak disukai Allah ini perlu kita lazimi?

Bukankah puasa tujuannya adalah untuk mengekang hawa nafsu?

Jadi, usah kita menjadi hamba kepadanya. Nafsu perlu dijinakkan dengan kesedaran bahawa hal-hal buruk seperti pembaziran ini perlu dijauhi. Manakala latih diri untuk sentiasa merasa cukup dan bersyukur dengan rezeki yang telah ada di hadapan mata.

Fahamilah bahawa madrasah Ramadan ini tujuannya adalah menyuburkan semula takwa dengan melakukan hal-hal yang dianjurkan serta meninggalkan hal-hal yang dilarang.




No comments:

Powered by Blogger.