Zizan Buat Hal Sehingga Ada Netizen Suruh Janna Nick Pakai Bodyguard
Pelakon drama terkenal Janna Nick telah memuat naik sebuah video di laman IG nya yang memamaparkan muka beliau berdarah dan lebam-lebam seperti dipukul. Video tersebut
telah menarik perhatian ramai Netizen kerana keadaan muka beliau itu membuatkan Netizen dan para peminatnya tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku sehingga
wajah Janna Nick sedemikian rupa.
Video instagram yang berdurasi 1minit 37saat tersebut meraih 437K tontonan dan lebih kurang 70K likes. Dalam kandungan video tersebut dilihat Janna Nick sangat serius
sehingga ada warganet yang menasihatkan Janna Nick untuk menggunakan bodyguard, namun apa yang menarik perhatian adalah komen ringkas dari Zizan Razak yang membuatkan
Netizen tidak kering gusi. Komen Zizan tersebut telah mendapat lebih 1K tanda suka (likes) daripada Netizen dan juga peminat kedua-dua selebriti tersebut.
Zizan Razak telah meninggalkan komen seperti berikut;
“Kenapa hidung period?? Letak pad situ nanti ok. Period memang mood mcm tu. Sabar ok.” – Zizan Razak.
“Kalau u akan ingat sampai mati means u betol betol cintakan i. Tq sayang. Tapi haih pasni tolong bezakan ketum dengan tebu. Memang kaler sama tapi tebu manis ketum
pahit. Nanti kita sama sama belajar ok Sayang…” – Zizan Razak.
Hahaha.. memang lain macam Zizan punya punchline walaupun dalam tempoh PKP ni. Anda boleh melawati laman instagram Janna Nick sekiranya ingin menonton video-video
tersebut.
Sebenarnya perkongsian video tersebut di laman Instagram Janna Nick adalah untuk berkenaan kempen “hentikan penderaan domestik” terhadap kaum perempuan dan bukanlah
kecederaan yang sebenar, hanya lakonan semata-mata bagi menjayakan kempen tersebut secara kreativ di dalam tempoh PKP ini. Janna Nick turut menandakan kapsyen video-
video tersebut dengan ‘#stopdomesticviolence”. Bagus juga si Janna Nick ni, walaupun dalam tempoh PKP ni pun dia sempat menjalankan kempen #stopdomesticviolence
tersebut dan ini adalah satu contoh yang boleh diikuti oleh artis-artis atau social influencer yang lain juga.
No comments: