Ads Top

(Video) Macam Keluar Jalan-Jalan, “Family” Memerang ‘Lawat’ Stesen Minyak Tengah Kota

Sejak penularan COVID-19 yang memaksa kebanyakan manusia duduk di rumah, muncul haiwan-haiwan yang selama ini jarang dilihat.

Kalau dulu ada rusa masuk bandar, kini ada memerang naik ke darat. Dalam satu video dikongsikan pemilik akaun facebook Abang Ard, sekumpulan enam hingga tujuh ekor memerang dilihat menerokai sebuah jalan dan menuju ke stesen minyak dipercayai Shell di Bukit Timah, Singapura.

Gelagat memerang itu semestinya menarik perhatian warga maya yang kehairanan dengan sikap haiwan yang biasanya tinggal di kawasan berair itu (sungai, tasik, laut dsb).

Nak beli minyak ke

Melancong satu pulau ni

Jalan-jalan sambil tengok manusia dalam ‘sangkar’

Nak beli air tu

Ini akan terjadi kepada mereka yang enggan pakai mask dan duduk di rumah

Selain itu, naratif perakam video turut membuatkan netizen tertawa.

“Okay guys hari tu korang nampak kuda kan? Haa ni apa benda ni? Siapa nak jawab ni? Apa ni? Macam anjing laut pun ada. Apakah ini? Monyet bukan, anjing laut kot?” katanya.

Soalan dan andaian tersebut membuatkan rakan-rakannya membalas dengan gurauan lucu.

Daripada tikus, hinggalah T-rex

Namun akhirnya ada yang memberi jawapan sebenar, memerang.

Biasalah, jarang haiwan seperti ini ingin tunjukkan ‘muka’ di hadapan orang ramai. Semasa tiada manusialah baru mereka keluar mengembara. Tapi ingat, biarpun kelihatan comel, haiwan ini sebenarnya agak berbahaya. Memerang mempunyai gigi yang kuat dan gigitan yang berbahaya.

Salah satu spesies memerang. Kredit: Metro UK

Anda dinasihatkan agar menjauhinya sekurang-kurangnya 50 meter jika terlihat di mana-mana.

Memerang serang buaya aligator

Sumber: Abang Ard, US Department of Interior

The post (Video) Macam Keluar Jalan-Jalan, “Family” Memerang ‘Lawat’ Stesen Minyak Tengah Kota appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.