(Video) 135 Panggilan Mengenai Keganasan Rumah Tangga Diterima- Menteri
Putrajaya, 16 April – Menteri Kanan (Bahagian Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta jiran agar prihatin dan melakukan laporan polis jika mengesyaki berlaku keganasan rumah tangga.
Menurutnya, terdapat 135 panggilan mengenai aduan keganasan rumah tangga setakat ini telah diterima melalui Talian Kasih.
Mungkin yang terlibat dalam keganasan rumah tangga tersebut ada yang tidak berani untuk membuat aduan atau mungkin telefon mereka dirampas dan sebagainya. Jadi mereka tidak mempunyai ruang untuk membuat aduan, kata beliau.
“Jadi saya memohon kepada orang ramai terutamanya jiran tertangga supaya membantu.
“Jika kedengaran sesuatu yang menghairankan di sebelah rumah dan terus mengadu di Talian Kasih 15999 atau Whatsapp sahaja laporan kepada pihak polis 019-261 5999,” katanya.
Sumber: RTM
The post (Video) 135 Panggilan Mengenai Keganasan Rumah Tangga Diterima- Menteri appeared first on Siakap Keli.
No comments: