Ads Top

TERKINI: Tidak Lagi Tumpu Kompaun, Sesipa Ditahan Ingkar PKP Akan Direman & Dihadapkan Ke Mahkamah Mulai Esok- Menteri

Putrajaya, 14 April – Kementerian Pertahanan akan memberi hukuman yang lebih berat kepada mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok.

Hal ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

”Esok, PKP 3 akan dilaksanakan. Saya percaya, anggapan rakyat kepada tindakan polis adalah tindakan lebih keras dan tegas. Saya lihat, rakyat seolah-olah tidak peduli atau tidak takut kepada undang-undang yang kita ada hari ini.

”Mungkin, RM 1000 dianggap tidak begitu tinggi untuk menakutkan kepada mereka yang ingkar PKP ini. Oleh itu, kita bersetuju mulai esok, polis tidak lagi memberi tumpuan kepada kompoun.

“Mulai esok, sesiapa yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah. Biarlah mahkamah yang memutuskan kerana mengikut Seksyen 24 Akta 342 bahawa mahkamah boleh menghukum mereka tak lebih dua tahun penjara dan lima tahun penjara untuk kesalahan seterusnya,” katanya.

Setakat semalam, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP adalah sebanyak 9,090 individu, manakala jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah 4,036 kompoun.

Sumber: RTM

The post TERKINI: Tidak Lagi Tumpu Kompaun, Sesipa Ditahan Ingkar PKP Akan Direman & Dihadapkan Ke Mahkamah Mulai Esok- Menteri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.