Telah Sembuh Covid-19 Tetapi Dijangkiti Semula Dan Ini Penjelasan Doktor Samhan
Sila baca dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh seorang Doktor Ahmad Samhan ini supaya netizen diluar sana faham situasi pendemik Covid-19 ini.
Bila mana virus masuk ke dalam sistem tubuh badan seseorang yang sedia sihat, sistem yang dipanggil imun badan akan bertindak balas terhadap virus [antigen] dan sistem
tubuh badan kita akan menghasilkan antibodi untuk melawan kuman ataupun virus tersebut. Antibodi akan terus berada di dalam sistem badan kita dan akan melawan virus
tersebut bila mana sistem tubuh kita dijangkiti semula kuman atau virus.
Ada yang mengatakan bahawa virus covid-19 akan ber mutasi dan antibodi yang terhasil tak dapat mengenalinya. Virus ini bermutasi tetapi virus ingin agak stabil dan
tidak bermutasi sebanyak influenza. Ia ada yang jenis L dan jenis S. Tapi influenza ada, H1N1,H1N2,H2N1 dan seterusnya.
Memetik instagram Bloomberg business, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (CDC), seramai 51 pesakit yang disahkan sembuh menerusi ujian Covid-19 tetapi
dilaporkan kembali positif selepas melakukan ujian saringan kembali.
Ini mungkin terjadi disebabkan oleh ujian Covid yang tinggi spesifikasi tetapi rendah sensitiviti. Bermakna, jika Positif pesakit itu memang dijangkiti Covid-19. Jika
Negatif, belum tentu pesakit adalah Negatif. Ia di panggil false-negative. Dalam keadaan ini pesakit telahpun dijangkiti tetapi keputusan menunjukkan Negatif.
Ada kemungkinan juga reactivation atau jangkitan semula tetapi belum dapat dipastikan. Bagaimanapun setakat ini belum ada kajian saintifik mengenainya, kita belum tahu
siapa sasaran yang boleh dijangkiti semula dan apa faktor yang menghidupkan semula virus berkenaan.
Jadi, jika sudah dijangkiti, sepatutnya sukar untuk dijangkiti kembali. Walaupun sudah sembuh, teruskan amalkan langkah pencegahan yang betul seperti:
1. Mandi dan basuh pakain dengan sabun selepas keluar beli barang keperluan.
2. Duduk rumah
3. Basuh tangan dengan sabun
4. Pakai topeng muka
5. Kekalkan jarak 1 meter
Info daripada Dr Samhan ini sangat menarik, tolong sebarkan sebab masih ramai yang tak tahu info yang bermaanfaat ini malah ada yang terlalu risau akan dijangkiti
semula. Sama-samalah kita berdoa dan tawakal supaya kita semua berjaya mengharungi wabak Covid-19 yang bahaya ini. Kita Jaga Kita, StayAtHomeGuys.
No comments: