Polis Sudah Terima Laporan Mengenai Dakwaan Ada Kenamaan Langgar PKP- Menteri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media harian sebentar tadi memaklumkan polis ada menerima laporan terhadap dakwaan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan oleh beberapa kenamaan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan berkenaan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan berhubung perkara berkenaan.
”Saya dah sebutkan, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Itu asasnya. Saya difahamkan sudah ada laporan-laporan polis yang dibuat.
”Jadi, kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Terdahulu, beberapa keping gambar membabitkan orang kenamaan yang didakwa melanggar PKP tular di media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam.
Polis terima laporan terhadap dakwaan pelanggaran #PKP oleh beberapa orang kenamaan- @IsmailSabri60 pic.twitter.com/W5Va6imYiP
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 18, 2020
Sumber: RTM
The post Polis Sudah Terima Laporan Mengenai Dakwaan Ada Kenamaan Langgar PKP- Menteri appeared first on Siakap Keli.
No comments: