Bagaimana Meraih Pahala Dengan Amalan Yang Sederhana
Ada seorang wanita pada zaman Rasulullah SAW yang tugasnya adalah mencuci dan menjaga kebersihan masjid. Hampir setiap hari, beliau akan menjalankan tugasnya untuk memastikan kawasan masjid bersih dan selesa buat para jemaah menunaikan solat.
Sehingga pada suatu hari, Baginda SAW merasakan kehilangan kerana sudah lama tidak melihat susuk tubuh wanita tersebut. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat yang lain. Lalu, jawab sahabat: “Wanita tersebut telah meninggal dunia.”
Kemudian, Baginda SAW bertanya lagi: “Mengapa kalian tidak memberitahuku?”
“Rasulullah, Ummu Mahjan telah meninggal dunia malam tadi pada waktu yang sangat pelik. Kami tidak mengejutkan engkau dan menguruskan jenazahnya sendiri”
Lalu, Baginda SAW menyuruh supaya ditunjukkan makamnya kepada Baginda. Kemudian Baginda mensolatkan jenazah wanita tersebut di makamnya dan bersabda:
Ø¥ِÙ†َّ Ù‡َØ°ِÙ‡ِ الْÙ‚ُبُورَ Ù…َÙ…ْÙ„ُوءَØ©ٌ ظُÙ„ْÙ…َØ©ً عَÙ„َÙ‰ Ø£َÙ‡ْÙ„ِÙ‡َا، ÙˆَØ¥ِÙ†َّ اللهَ عَزَّ ÙˆَجَÙ„َّ ÙŠُÙ†َÙˆِّرُÙ‡َا Ù„َÙ‡ُÙ…ْ بِصَÙ„َاتِÙŠ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ
Maksud: “Sesungguhnya makam ini penuh kegelapan bagi penghuninya dan sesungguhnya Allah telah meneranginya untuk mereka dengan sebab aku mensolati jenazah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 956)
Kisah wanita ini merupakan kisah sahih yang sangat terkenal. Beliau ialah Ummu Mihjan yang merupakan seorang wanita berkulit hitam dan kurang berkemampuan.
Diriwayatkan bahawa beliau tidak mempunyai nasab yang mulia serta ramai orang yang merendah-rendahkan beliau disebabkan oleh kemiskinan yang dialami.
Namun, siapa sangka ternyata Allah mengangkat darjatnya menjadi seorang wanita yang sangat mulia dan kisahnya diambil iktibar oleh kita sehingga ke hari ini.
Apa yang beliau lakukan? Tugasnya saban hari hanyalah menyapu masjid dan memastikan rumah Allah itu bersih untuk beribadat.
Baginda SAW memberi perhatian kepada beliau sehinggalah Baginda perasan akan kehilangan beliau setelah beberapa hari tidak terlihat di masjid.
Mulianya beliau sehingga diangkat sedemikian. Inilah yang dikatakan tugas yang kecil dan sederhana, namun dipandang tinggi di sisi Allah.
Mungkin, di dunia ini gajinya hanya sedikit, cukup untuk makan sehari. Namun, orang-orang yang ikhlas dalam pekerjaannya pasti akan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Jadi, jangan menganggap setiap pekerjaan yang bergaji kecil atau mungkin tiada gaji itu rendah dan tidak layak dipuji.
Banyak lagi perkara kecil yang boleh anda lakukan untuk diganjari pahala yang besar di sisi Allah. Anda membantu ibu anda di rumah dengan menyapu lantai setiap pagi atau mengemas rumah, sudah cukup besar pahalanya.
Kadang-kadang, perkara yang kecil itulah yang boleh menjadi saham untuk akhirat anda kelak.
Wallahu a’alam.
Baca juga:
Ummu Mahjan, Wanita Istimewa Yang Bertugas Membersih Masjid Nabi
No comments: