Ads Top

15 Lokasi Disenarai Untuk Proses Melihat Anak Bulan Ramadan Tahun Ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama baru-baru ini telah mengumumkan tarikh melihat anak bulan bagi Ramadan tahun ini jatuh pada 23 April 2020 bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.

Menurut beliau, setiap negeri akan mempunyai satu lokasi untuk melihat anak bulan kecuali di Wilayah Persekutuan yang dibahagikan kepada dua, iaitu di Kuala Lumpur dan di Labuan.

Hal ini menjadikan ia sebanyak 15 lokasi. Jumlah itu lebih kecil berbanding 28 lokasi sebelum ini. Prosedur melihat anak bulan ini adalah mengikut tatacara yang telah ditetapkan berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Rukyah ditentukan melalui pencerapan di kesemua lokasi yang telah disenaraikan. Laporan daripada pegawai pencerapan meliputi fakta waktu mencerap dan keadaan cuaca ketika itu.

Hisab pula akan ditentukan oleh ahli falak dari JAKIM mengikuti kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah, iaitu kebolehnampakan hilal atau anak bulan yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Pada malam itu juga akan diistiharkan tarikh permulaan puasa yang ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Berikut merupakan senarai lokasi dan tempat yang telah ditetapkan untuk melaksanakan prosedur ini, iaitu:

#1 – Pontian Kecil Johor

#2 – Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka

#3 – Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)

#4 – Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)

#5 – Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak)

#6 – Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh (Pulau Pinang)

#7 – Menara Alor Setar (Kedah)

#8 – Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu)

#9 – Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan)

#10 – Teluk Bandung, Kuching (SarawaK)

#11 – Balai Cerap Al-Biruini, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)

#12 – Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)

#13 – Tingkat 12, Menara Universiti Malaysia, Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan)

#14 – Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)

#15 – Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis)




No comments:

Powered by Blogger.