Ads Top

(Video)’Rider’ Tergolek Atas Jalan Hampir Digilis Kereta Lepas Langgar Jalan Tak Rata

Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diterapkan. Apa tidaknya, setiap kemalangan yang berlaku pasti akan memberi impak besar kepada mangsanya.

Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kejadian kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motosikal telah dilaporkan berlaku di salah satu laluan di Shah Alam.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada sekitar jam 5.25 petang itu dikatakan terjadi selepas seorang penunggang motorsikal yang melalui kawasan tersebut didakwa telah melanggar satu tampalan jalan yang tidak rata serta mendap.

Pemandu motorsikal itu dilihat secara tiba-tiba hilang kawalan selepas melalui jalan yang tidak rata lalu terjatuh. Mujur kenderaan yang melalui jalan tersebut sempat mengelak daripada menggilis pemandu motorsikal berkenaan.

Video yang berdurasi selama 30 saat itu telah mendapat menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak lebih 50 ribu tontonan daripada warganet di Facebook.

Orang ramai yang melalui jalan itu dinasihati supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan tersebut bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan.

sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

The post (Video)’Rider’ Tergolek Atas Jalan Hampir Digilis Kereta Lepas Langgar Jalan Tak Rata appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.