Ads Top

(Video)“Dah Tahu Macam Mana Dia Lompat” Gelagat Kucing Bertenggek Atas Kipas Bikin ‘Geram’

Bukan sahaja menjadi haiwan peliharaan, kucing juga boleh menjadi terapi kepada sesiapa sahaja yang melihat mereka. Keletah mereka yang terkadang nakal dan comel sentiasa mampu menambat hati.

Bagi pencinta kucing, melengkapkan segala keperluan dan kemudahan bagi kucing kesayangan adalah sangat penting walaupun terkadang nilainya boleh mencecah sehingga ratusan dan ribuan ringgit.

Pun begitu, disebabkan kucing mempunyai ragam yang tersendiri, mereka kadang-kadang  dilihat ‘tidak menghargai’ kemudahan yang telah disediakan kepada mereka namun tetap comel dan melembutkan hati.

Keadaan ini berlaku kepada Fazlinazhran yang telah membeli cat tree untuk kucing- kucing kesayangannya namun tidak diguna sama sekali oleh kucing tersebut. Tambah ‘geram’, dua ekor kucingnya hanya menggunakan cat tree tersebut untuk melompat dan duduk di atas kipas.

Baru tinggal sekejap sebab nak basuh pinggan tiba-tiba dah ada atas kipas.

Elok-elok jadi kucing, nak jadi habuk

Dah tahu macam mana dia lompat

Sumber: Fazlinazhran

The post (Video)“Dah Tahu Macam Mana Dia Lompat” Gelagat Kucing Bertenggek Atas Kipas Bikin ‘Geram’ appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.