Ads Top

Tom Hanks Dan Isteri Disahkan Positif Hidap Coronavirus

Pelakon Tom Hanks dan isteri, aktres Rita Wilson yang kini sedang menjalani penggambaran filem biopik Elvis Presley di Australia telah disahkan menghidap penyakit Coronavirus (COVID19).

Menurut aktor yang terkenal menerusi filem Saving Private Ryan itu, dia dan isteri mendapatkan rawatan doktor selepas demam dan mengalami keletihan melampau serta sakit sendi badan. Menerusi ujian yang dibuat, kedua-duanya telah disahkan positif menghidap virus tersebut.

Tom berkata dia dan isteri akan mengikut segala nasihat dan protokol bagi merawat penyakit tersebut selain kesemua ahli keluarganya akan turut menjalani ujian pengesanan COVID19 untuk langkah keselamatan.

Aktor gred A berusia 64 tahun itu juga berkata dia dan isteri akan mengambil langkah tempoh kuarantin selama yang diperlukan demi keselamatan dan kesihatan pihak umum. – KopiPlanet.com

The post Tom Hanks Dan Isteri Disahkan Positif Hidap Coronavirus appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.