Ads Top

(Video) Elak Rasa Tertekan, Doktor Di Iran Menari Untuk Pacu Semangat Lawan Covid-19

TULAR sebuah video yang memaparkan aksi beberapa doktor dan jururawat menari dengan iringan muzik di sebuah hospital, dilaporkan berlaku di Iran.

Bagaimanapun, menurut penjelasan daripada Twitter @ajplus, gelagat petugas perubatan yang menari itu sebenarnya bertujuan untuk menaikkan semangat ketika bertungkus-lumus bertugas dalam mengendalikan kes rawatan mangsa-mangsa COVID-19 di sana.

Selain itu, mereka menari kerana mahu mengawal rasa tekanan akibat menghadapi masalah kekurangan bekalan perubatan.

Rakaman berdurasi 51 saat itu mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Ada yang memberi sokongan moral kerana faham akan situasi bertugas di bawah tekanan, lebih-lebih lagi berhadapan dengan wabak yang telah membunuh ribuan orang.

Malah, ada juga yang membantah aksi tersebut, beralasan bahawa ia tidak ‘menghormati’ sensitiviti situasi semasa, iaitu kematian di seluruh dunia.

Setakat tengah hari ini, negara republik itu menduduki tangga keempat yang mempunyai kes COVID-19 tertinggi di dunia, dengan rekod sebanyak 2,922 kes keseluruhan dilaporkan, 2,278 daripadanya kes aktif, 92 kematian dan 552 kes berjaya dirawat.

Sumber: Twitter AJ+, Worldometer

The post (Video) Elak Rasa Tertekan, Doktor Di Iran Menari Untuk Pacu Semangat Lawan Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.