TERKINI: Seorang Lagi Maut Akibat Covid-19, 10 Jumlah Kematian Di Malaysia – KP Kesihatan

Negara mencatatkan satu lagi kes kematian akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat Ahad (22 Mac 2020) sebanyak 10 kes.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung kini.
Difahamkan, mangsa yang berusia 74 tahun merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia daripada kes ke-259.
Menurut Dr Noor Hisham, mangsa adalah daripada kluster jemaah tabligh yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac lalu.
Beliau disahkan positif pada 14 Mac dan diberi bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang hari ini.
Kematian ke-10 melibatkan lelaki warga tempatan berumur 74 tahun dari kluster tabligh.
Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac dan meninggal dunia kam 4.05pm hari ini, 22 Mac 2020.
Tahziah daripada kami di KKM kpd keluarga arwah.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 22, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
The post TERKINI: Seorang Lagi Maut Akibat Covid-19, 10 Jumlah Kematian Di Malaysia – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.
No comments: