Tendang Cermin Kereta, Lelaki Didakwa Berang Kena ‘Hon’ Lepas Tukar Lorong Tanpa ‘Signal’
Tular di media sosial mengenai satu rakaman yang memaparkan insiden yang dipercayai melibatkan dua buah kereta yang berhenti di tengah jalan raya.
Kejadian tersebut didakwa berpunca selepas kereta Suzuki Swift itu membunyikan hon kepada kereta Myvi tersebut kerana kereta itu tidak menghidupkan lampu isyarat semasa menukar lorong.
Pemandu kereta Myvi itu kemudiannya didakwa memberhentikan keretanya di hadapan kereta Swift itu kerana dipercayai berang dengan tindakan pemandu kereta Swift tersebut yang membunyikan hon

Menerusi rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat seakan-akan berang dan bertindak menendang cermin kereta Suzuki Swift tersebut.

Insiden itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen kerana boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.





Video yang berdurasi selama 34 saat itu telah menjadi tular di media sosial Facebook. Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 3 ribu tontonan daripada netizen di media sosial.
Sumber: We Are Malaysians
The post Tendang Cermin Kereta, Lelaki Didakwa Berang Kena ‘Hon’ Lepas Tukar Lorong Tanpa ‘Signal’ appeared first on Siakap Keli.
No comments: