Ads Top

Perlukah Menjilat Sudu Selepas Makan

Antara adab makan yang dianjurkan oleh Baginda SAW ialah menjilat jari selepas makan. Setiap apa yang kita makan, pasti akan ada keberkatan ke atasnya. Oleh itu, perlu menjilat jari selepas makan bagi mencari keberkatan tersebut.

Disebabkan itu, Islam mengajar umatnya untuk makan dengan jari. Selain daripada keberkatan itu sendiri, jari kita mepunyai asid amino dan sejenis protein yang dipanggil sebagai kerotin yang mana ia bertindak sebagai proses penguraian makanan.

Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku semasa kita menggaulkan nasi dengan tangan mempunyai kekuatan lebih dari enzim yang terkandung dalam air liur. Disebabkan itu, kita dipesan oleh orang tua supaya jangan menyentuh lauk atau nasi dengan tangan kerana ia cepat basi.

Enzim ini mampu membantu proses penguraian makanan berlaku dengan cepat dan mudah. Disebabkan itu, apabila seseorang itu makan dengan tangan dan menjilat jarinya, ia akan membantu penguraian tersebut terhadap perut.

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعِقَ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ، قَالَ: وَقَالَ: إِذَا سَقَطَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْهَا الْأَذَى وَلْيَأْكُلْهَا، وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ، وَأَمَرَنَا أَنْ نَسْلُتَ الْقَصْعَةَ، قَالَ: فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ فِي أَيِّ طَعَامِكُمُ الْبَرَكَةُ

Maksud: “Rasulullah SAW apabila selesai makan, Baginda akan menjilat ketiga jarinya sambil bersabda: “Apabila suapan salah seorang daripada kalian terjatuh, hendaklah dia bersihkan kotoran (atau habuk) padanya. Jangan biarkan makanan itu untuk syaitan (dimakannya).” Juga, Baginda berpesan kepada kami agar membersihkan sisa makanan yang berada di atas pinggan (habiskan). Baginda bersabda: “Kerana sesungguhnya kalian tidak tahu pada bahagian mana daripada makanan kamu yang mengandungi keberkatan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2034)

Adapun, bagaimana dengan makanan yang bersup dan perlu dimakan dengan sudu? Menurut jumhur ulama berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Mufti Wilayah , hukum menjilat jari adalah sama dengan alatan yang digunakan semasa makan seperti chopstik, garpu dan juga sudu.

Ia adalah untuk mencapai keberkatan yang ada pada baki makanan tersebut yang melekat di sudu mahupun jarinya. Walaupun pada sudu tersebut tiada enzim atau protein yang melekat, namun ia adalah disebabkan oleh keberkatan pada makanan tersebut.

Hal ini kerana, boleh jadi keberkatan itu ada pada makanan yang telah dimakan dan boleh jadi juga ia ada pada sisa makanan yang terlekat pada alatan tersebut.

Tuntasnya, amalkan sunnah menjilat jari dan juga alatan yang digunakan untuk makan bagi mencapai keberkatan yang ada. Walau bagaimanapun, kita juga perlu melihat kepada kesusaian keadaan serta etika makan yang boleh jadi berbeza dalam budaya-budaya lain.




No comments:

Powered by Blogger.