Ads Top

Dipercayai Sengaja Batuk Pada Pramugari, Seorang Wanita ‘Didiamkan’ Dalam Pesawat

Seorang wanita China di atas kapal terbang Thai Airways telah di headlock dan ‘disematkan’ di tempat duduknya oleh kru kabin selepas dia didakwa sengaja batuk pada seorang atendan penerbangan.

Kejadian itu berlaku pada hari Jumaat yang lalu dalam penerbangan  Bangkok ke Shanghai.

Rakaman kejadian itu menunjukkan seorang atendan lelaki yang memegang wanita tersebut sebelum menolak kepalanya ketika dia cuba untuk membebaskan diri. Kru kabin lelaki yang lain juga turut tiba untuk membantu.

Insiden itu berlaku selepas penerbangan itu telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai.

Walau bagaimanapun, penumpang tidak dibenarkan keluar dan diarah untuk menunggu di dalam pesawat selama tujuh jam sebelum dibenarkan untuk keluar kerana prosedur pemeriksaan koronavirus yang diperketatkan yang menyebabkan penundaan di lapangan terbang.

Menurut penumpang yang memuat naik video itu, wanita Cina tersebut sengaja batuk pada pramugari wanita dalam usahanya untuk menyuruh kru kabin membuka pintu.

Channel 7 Thailand bercakap kepada Thai Airways dan mengesahkan kejadian itu berlaku pada 6 Mac. Jurucakap itu berkata pesawat itu mendarat dengan selamat di lapangan terbang.

Sumber: Mothership

The post Dipercayai Sengaja Batuk Pada Pramugari, Seorang Wanita ‘Didiamkan’ Dalam Pesawat appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.