(Video) Mujur Tengah Tunduk, Kepala Lelaki Nyaris ‘Pecah’ Kipas Syiling Tiba-Tiba Jatuh

Sipi-sipi. Seorang lelaki bagaikan diberi peluang kedua apabila terselamat dari ditimpa kipas siling yang nyaris jatuh ke atasnya.
Dalam video dikongsikan @nrtniax, seorang lelaki sedang menunduk ke bawah meja ketika secara tiba-tiba sebuah kipas siling jatuh di atasnya. Tindakan tersebut menyebabkan lelaki itu terselamat apabila kipas berkenaan tidak terus menghempapnya, sebaliknya terjatuh ke atas meja.
“Kun fayakun, Allahuakbar!
“Nasib baik kawan abang aku tunduk nak ambil sticker. Ya Allah,” tulisnya.
Kun fayakun, Allahuakbar! nasib baik kawan abang aku tunduk nak ambil sticker. ya Allah. pic.twitter.com/FaZvdHCsip
— tniax (@nrtniax) February 20, 2020
Kejadian itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang ramai yang berasa ngeri menonton video tersebut.
Selalu terbayang ketika kecil
Benda ni la paling takut sekali ya Allah. Kadang2 rasa taknak ada kipas siling 😥😥 syukur Allah masih melindungi.
— JejariCantikMenaip (@JariCntikMenaip) February 20, 2020
benda ni la yg aku selalu imagine masa budak budak dulu. silap sila boleh trauma weh
— Syah Zainal (@syahenzlys) February 20, 2020
Lantas ku membuka air cond pic.twitter.com/g4o3uiNap8
— caca (@syasya_taufik) February 20, 2020
Alhamdulillah selamat
Bersyukur betul Tuhan gerakkan untuk tunduk. Alhamdulillah selamat.
— Tengok Bio Saya.®️ (@NickAuba) February 20, 2020
Guna tali keselamatan
Ada antara netizen turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa beringat.
Make sure installation kipas siling korang included dgn sling wire rope ni. For extra safety dia jatuh ke, atleast ade back up. pic.twitter.com/Nqbfkxu06L
— A for Aszwan (@quelysir) February 21, 2020
when Allah say “it not ur time yet” it will not be. but when he say “now is ur time” tkde sesaat pun yg boleh mengubah apa apa takdirNya. alhamdulillah for everything yg Dia kirimkan utk kita.
— Sofiahani (@nursofiahani) February 21, 2020
Sumber: Tniax
The post (Video) Mujur Tengah Tunduk, Kepala Lelaki Nyaris ‘Pecah’ Kipas Syiling Tiba-Tiba Jatuh appeared first on Siakap Keli.
No comments: