(Video) China Guna ‘Kereta Kebal’ Kecil Untuk Basmi Virus

China menggunakan ‘kereta kebal’ kecil yang dikawal menggunakan alat kawalan untuk menyembur bahan disinfektan sekitar kawasan yang terkesan dengan Covid-19.
Mesin itu bergerak pada kelajuan kira-kira 4 kilometer sejam atau empat kaki sesaat dan dilaporkan mampu mensteril satu kawasan seluas 12 ekar sejam, lapor Daily Mail.
Setiap mesin ini mampu membawa hampir 200 kilogram bahan cecair disinfektan dan menyemburnya pada jarak 26 kaki radius, kata Hou Yongfei, Timbalan Pengarah Persatuan Drone Wilayah Shanxi.
Alat ini sebelumnya digunakan di penjara untuk melakukan kerja-kerja pembersihan atau digunakan peladang untuk menyembur racun perosak.
Proses disinfek dilakukan dua kali sehari di penempatan yang mempunyai rekod jangkitan virus, kata Hou kepada media tempatan, The Paper.
Menurut South China Morning Post, Covid-19 telah menjangkiti 76,186 orang dan membunuh 2,244 mangsa setakat ini.
Sumber: Daily Mail, South China Morning Post
The post (Video) China Guna ‘Kereta Kebal’ Kecil Untuk Basmi Virus appeared first on Siakap Keli.
No comments: