Semak Status Giliran Haji Anda Secara Online
THiJARI merupakan sebuah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji untuk para pendeposit menjalankan transaksi akaun Tabung Haji dengan lebih mudah. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna melakukan beberapa perkara antaranya:
– Dapat mengetahui baki semasa akaun
– Dapat melakukan pemindahan wang
– Mencetak penyata akaun
– Menyemak tarikh giliran untuk menunaikan Haji
– Menyemak surat tawaran Haji
– Menyemak status rayuan Haji

Selain itu, “Kempen Simpan, Daftar Dan Menang” juga turut dilancarkan bagi menggalakkan para pendeposit menambah deposit di Tabung Haji. Bagi mereka yang menyimpan lebih daripada RM5000 layak untuk menyertai peraduan cabutan bertuah untuk memenangi pakej umrah.
Antara cara-cara penggunaan THiJARI adalah seperti berikut:
1. Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat keahlian Tabung Haji termasuk maklumat nombor telefon bimbit di kaunter Tabung Haji.
2. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
3. Pendeposit Tabung Haji diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses mendaftar masuk (log in) sistem THiJARI.
Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, boleh terus mendaftar di www.thijari.com.my
No comments: