Ads Top

Pegawai Di China Guna ‘Kuasa’ Bawa Keluar Anak Ketika Larangan Perjalanan Undang Kemarahan

Seorang pegawai di China dilaporkan telah digantung tugas selepas anaknya muat naik perkongsian di sosial media yang menyatakan bahawa dia telah berjaya keluar dari wilayah Hubei dengan menggunakan satu ‘bantuan’.

Walaupun, beberapa bandar serta jalan di China telah ditutup dan dikuarantin bagi mencegah penularan virus Covid-19, seorang lelaki telah berjaya meloloskan diri daripada sekatan itu selepas bapanya didakwa telah menguruskan satu kereta untuk membawa anaknya itu keluar daripada bandar Tianman ke Jingzhou.

Menurut satu kenyataan kerajaan yang dimuat naik di Weibo pada Sabtu, bapa lelaki itu merupakan seorang pengarah bahagian perdagangan Jingzhou.

Lelaki tersebut telah memuat naik satu video di platform sosial media yang sama.  yang memaparkan kereta yang dinaikinya itu melepasi sebuah plaza tol di Tianmen.

Tulisnya: “Saya tak sangka yang ayah saya begitu berkuasa, sudah lama dia menjadi pegawai kerajaan dan saya tak pernah dapat merasakan nikmat daripada jawatan itu sehinggalah tercetusnya wabak ini.

“Ketika semua daerah menutup jalan, dia telah menggunakan orangnya untuk menjemput dan membawa saya daripada Tianmen ke Jingzhou.”

Menurut lelaki itu, dia telah dikuarantin di Tianman selama 22 hari dan bapanya itu telah menggunakan kenalannya yang mempunyai kebenaran untuk membawa masuk bekalan penting ke Jingzhou dengan menyeludupnya sekali.

Larangan yang sedang dikenakan di China itu termasuklah membawa masuk orang, haiwan ternakan serta haiwan liar.

Lelaki itu kemudiannya telah meminta maaf dan berjanji untuk “patuh segala undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan”.

Dia juga turut memadam perkongsian yang dikongsi di Weibo itu dan mengubah kata pengguna, namun ianya sukar untuk meredakan kemarahan netizen yang telah melihat perkongsiannya itu.

Sumber: SCMP

The post Pegawai Di China Guna ‘Kuasa’ Bawa Keluar Anak Ketika Larangan Perjalanan Undang Kemarahan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.