“Mujur Sempat Elak,” Penunggang Motosikal ‘Tergolek’ Atas ‘Highway’ Nyaris Dirempuh

Kemalangan jalan raya sememangnya perkara utama yang pastinya ingin dielakkan oleh semua pengguna jalan raya. Apa tidaknya, kemalangan boleh menyebabkan kerosakan kenderaan, kecederaan malah boleh meragut nyawa.
Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kejadian kemalangan telah berlaku melibatkan sebuah kereta dan motorsikal di Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dipercayai berhampiran Plaza Tol Seremban.
Pada permulaan video, sebuah kereta hitam yang kelihatan di lorong kiri jalan telah dipercayai memecut laju kenderaannya sebelum merempuh sebuah motorsikal yang ditunggang di bahagian kiri jalan.
Rempuhan tersebut telah menyebabkan penunggang motorsikal itu tercampak ke tengah jalan.
Walau bagaimanapun, kereta yang sepatutnya memberhentikan kenderaan untuk memeriksa serta memberikan bantuan kepada penunggang motorsikal itu bertindak terus memecut laju dan mengabaikan motorsikal tersebut.
Mujur, beberapa kereta yang melalui lebuh raya tersebut ketika kejadian sempat untuk mengelak daripada melanggar penunggang motorsikal itu.
Mangsa dilaporkan selamat kerana sempat bangun dan berlari ke tepi jalan bagi menyelamatkan dirinya daripada dilanggar kenderaan lain.
Sumber: @My_CrimeWatch
The post “Mujur Sempat Elak,” Penunggang Motosikal ‘Tergolek’ Atas ‘Highway’ Nyaris Dirempuh appeared first on Siakap Keli.
No comments: