Jenis-Jenis Wali Dalam Islam
Maksud wali daripada segi bahasa ialah teman karib, pelindung, pemimpin, orang yang mengurus atau mempunyai kuasa mentadbir sesuatu. Manakala daripada istilah syara’, wali adalah orang yang memiliki atau diberikan kuasa syara’ untuk mengakad nikah.
Kategori wali boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
#1- Wali Nasab (Wali Mujbir, Wali Aqrab dan Wali Ab’ad)
Wali nasab adalah orang yang memiliki kuasa syara’ untuk mengakad nikahkan perempuan daripada keturunannya yang berasaskan pertalian darah yang sah.
Wali Mujbir contohnya adalah panggilan yang khusus buat wali seperti bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas.
Wali aqrab adalah wali yang paling dekat hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut susunan wali, contohnya adik beradik lelakinya atau anak saudara.
Wali Ab’ad pula adalah wali yang jauh hubungannya dengan bakal pengantin perempuan mengikut susunan wali contohnya datuk saudara atau moyang saudara.
#2- Wali Raja/Wali Sultan/Wali Hakim/Wali Am
Wali ini adalah wali yang ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau DYMM Sultan atau Raja untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab, wali ghaib atau walinya tidak mahu mengahwinkannya tanpa apa-apa sebab yang munasabah mengikut hukum syara’.
#3- Wali Tahkim
Wali Tahkim pula adalah wali yang dilantik oleh pasangan pengantin untuk mengendalikan akad nikah yang tiada wali nasab dan tiada pula waji raja, wali sultan, wali hakim atau wali am dengan syarat-syarat tertentu.
Walau bagaimanapun di Malaysia, perkara ini tidak diguna pakai.
Wallahua’lam.
Rujukan:
No comments: