Ads Top

Apa Itu Khusyuk Dan Bagaimana Untuk Mendapatkannya

Amru bin Utbah merupakan salah seorang tabi’in yang sangat dikenali dengan kekhusyukannya di dalam solat. Diceritakan bahawa, beliau pernah solat di sebuah kawasan pergunungan ketika menghadapi sebuah peperangan.

Pada suatu malam, seorang hamba (dikatakan adalah hamba kepada Amru) telah mendengar suara ngauman singa sehinggakan orang-orang yang berada di sekitarnya berlari untuk melindungi diri masing-masing. Namun, hal itu tidak menggugat iman Amru yang sedang solat di situ.

Keesokan harinya, hamba tersebut bertanya kepada Amru bin Utbah: “Apakah kamu tidak takut kepada singa?” Maka, Amru menjawab: “Sesungguhnya aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku takut selain kepadaNya.” (Sifat Al-Safwah, 3/70)

Hebatnya kekhusyukan para sahabat pada zaman dahulu yang sentiasa menitikberatkan mengenai ibadah solat dan fokus terhadapnya.

Walaupun khusyuk di dalam solat tidak mempengaruhi batal atau sahnya solat tersebut, namun disunatkan untuk umat Islam yang sedang bersolat agar menahan diri daripada mengingati perkara-perkara dunia kerana ia merupakan pelengkap kepada solat.

Khusyukkan Hati Dan Badan Ketika Solat

Para ulama mendefinisikan khusyuk kepada beberapa maksud antaranya ialah menghadirkan perasaan rendah diri di dalam hati ketika berhadapan tuhan.

Dengan ini, kita sendiri akan merasa gerun untuk berfikir mengenai perkara-perkara duniawi atau yang tidak berkaitan dengan solat. Fahami maksud bacaan dan mengingati Allah itu merupakan antara cara yang boleh dilakukan.

Mafhum: “Dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.” (Surah Taha, 20:108)

Khusyuk itu bukan sahaja bergantung kepada pergerakan badan seperti mengelakkan gerakan dalam solat atau tidak bersolat dengan tergesa-gesa, malah juga ketetapan hati sendiri, iaitu menghadap Allah dengan penuh cinta dan mengharap pahala dariNya.

Antara cara lain yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW untuk menghadirkan rasa khusyuk di dalam solat ialah:

#1 – Jangan Solat Jika Makanan Telah Tersedia

Ł„Ų§َ ŲµَŁ„Ų§َŲ©َ ŲØِŲ­َŲ¶ْŲ±َŲ©ِ Ų§Ł„Ų·َّŲ¹َŲ§Ł…ِ

Maksud: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 560)

#2 – Jangan Solat Jika Menahan Air Besar Dan Air Kecil

ŁˆَŁ„Ų§َ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ ŁŠُŲÆَŲ§ŁِŲ¹ُŁ‡ُ Ų§Ł„Ų£َŲ®ْŲØَŲ«َŲ§Ł†ِ

Maksud: “Dan jangan solat dalam keadaan menahan membuang air besar dan air kecil.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 560)

#3 – Lakukan Solat Dengan Tenang

Ų£َŁ†َّ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠَّ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… ŲÆَŲ®َŁ„َ Ų§Ł„ْŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆَ ŁَŲÆَŲ®َŁ„َ Ų±َŲ¬ُŁ„ٌ ŁَŲµَŁ„َّŁ‰ Ų«ُŁ…َّ Ų¬َŲ§Ų”َ ŁَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠِّ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… ŁَŲ±َŲÆَّ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠُّ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų§Ł„Ų³َّŁ„Ų§َŁ…َ ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ ‏”‏ Ų§Ų±ْŲ¬ِŲ¹ْ ŁَŲµَŁ„ِّ ŁَŲ„ِŁ†َّŁƒَ Ł„َŁ…ْ ŲŖُŲµَŁ„ِّ

Maksud: “Sesungguhnya, Nabi SAW masuk ke dalam sebuah masjid, lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah nabi dan memberi salam kepada Baginda. Maka, Rasulullah menjawab salam tersebut dan berkata: “Pergilah kamu dan solatlah kembali, kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 793)

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Baginda SAW menegur perbuatan lelaki yang solat dengan tergopoh-gapah dan tidak ada thoma’ninah (ketenangan).

#4 – Mengingati Mati

Ų§Ų°ْŁƒُŲ±ِ Ų§Ł„Ł…َŁˆŲŖَ ŁِŁ‰ ŲµَŁ„َŲ§ŲŖِŁƒَ ŁŲ„Ł†َّ Ų§Ł„Ų±َّŲ¬ُŁ„َ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų°َŁƒَŲ±َ Ų§Ł„Ł…َŁˆْŲŖَ ŁِŁ‰ ŲµَŁ„َŲ§ŲŖِŁ‡ِ ŁَŲ­َŲ±ِŁ‰ٌّ Ų£ْŁ† ŁŠُŲ­ْŲ³ِŁ†َ ŲµَŁ„َŲ§ŲŖَŁ‡ ŁˆَŲµَŁ„ِّ ŲµَŁ„َŲ§Ų©َ Ų±َŲ¬ُŁ„ٍ Ł„َŲ§ ŁŠَŲøُŁ†ّ Ų£Ł†َّŁ‡ُ ŁŠُŲµَŁ„ِّŁ‰ ŲµَŁ„َŲ§Ų©ً ŲŗŁŠŲ±َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ„ِŁŠَّŲ§Łƒَ ŁˆŁƒŁ„َّ Ų£Ł…Ų±ٍ ŁŠŲ¹ŲŖŲ°Ų±ُ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ</3

Maksud: “Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan memperelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya kerana tidak mampu memenuhinya).” (Hadis Riwayat Baihaqi, no. 2839)

Kesimpulan

Tinggalkan duniawi sejenak dan fokuslah terhadap solat yang hanya dilakukan tidak sampai sepuluh minit. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar berbanding dengan urusan dunia yang sering bermain di fikiran kita.




No comments:

Powered by Blogger.