Ads Top

Hansei – Proses Refleksi Diri Dari Jepun

Hansei adalah konsep yang sangat penting dalam budaya bangsa Jepun. Jika sebelum ini Tzkrh pernah mengupas konsep Ikigai yang menumpukan tentang matlamat hidup, kali ini kita akan bercakap tentang konsep dalam skop yang lebih kecil iaitu Hansei.

“Han” bermaksud ‘untuk berubah’, dan “Sei” bermaksud melihat semula, refleksi atau memeriksa. Ia adalah proses refleksi diri untuk mengambil langkah untuk berubah. Hansei adalah satu bentuk latihan meditasi yang menumpukan kepada penilaian kepada diri sendiri.

Elemen Hansei ada empat iaitu:

#1- Mengenali Masalah

Pertama sekali, proses mengenal pasti masalah perlu dilalui. Seseorang itu perlu jujur kepada diri sendiri dan mengenal pasti masalah sebenar yang ada dalam diri sendiri yang perlu diubah. Pembaikan hanya boleh dilakukan apabila masalah sudah dikenal pasti.

#2- Rasa Bertanggungjawab

Elemen kedua ini menekankan bahawa kita harus mempunyai rasa bertanggungjawab dengan kesilapan dan kelemahan yang dialami. Ia tidak boleh dikaburi dengan alasan atau justifikasi yang ingin diberikan berkenaan masalah tersebut apatah lagi menyalahkan orang lain.

Dalam fasa ini, kita bersetuju bahawa diri sendiri dan orang lain menyumbang kepada masalah yang terjadi. Tidak kira sedikit atau banyak masalah tersebut berpunca daripada diri sendiri, hal yang lebih perlu diutamakan adalah bertanggungjawab. Usah dihirau soal – orang lain bertanggungjawab atau tidak, kerana itu bukan pokok persoalan dalam latihan Hansei ini. Yang lebih perlu diutamakan adalah diri sendiri.

#3- Rasa Insaf Dengan Masalah Yang Berlaku Dan Tidak Terjerumus Kedalam Perangkap Self-Pitying

Apabila melakukan proses Hansei ini, seseorang perlu sentiasa mengingatkan diri supaya tidak terjatuh ke dalam perangkap – merasakan diri sebagai mangsa sahaja dalam semua perkara.

Selain itu perhatikan juga tanda-tanda self-pitying yang berpanjangan atau mengasihani diri sendiri – rasa diri sebagai mangsa keadaan, tidak dilayan dengan adil, bersangka dengan orang di sekeliling dan banyak lagi.

#4- Komitmen Untuk Berubah

Langkah yang terakhir adalah mempunyai komitmen untuk berubah. Langkah ini sebaiknya dilakukan dengan perancangan dan strategi yang teratur. Pecahkan perancangan dan juga matlamat kepada bahagian-bahagian kecil supaya lebih mudah dicapai.

Anda juga boleh mencatat proses ini dalam bentuk gambar rajah atau carta untuk lebih jelas melihat apa yang sedang dianalisa.

Contoh:

Masalah yang telah dikenal pasti – Strategi yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya

Kesimpulan

Matlamat akhir bagi konsep Hansei ini adalah pembaikan diri ke arah lebih baik. Ia perlu dilakukan secara objektif dengan mindset yang positif supaya natijahnya lebih berkesan.

Rujukan:
ProcessExcellenceNetwork




No comments:

Powered by Blogger.