Pertama Kali Dalam Sejarah, Semua Ahli Parlimen Dipanggil ‘Interview’ Secara Peribadi Oleh Agung
Menerusi satu pengumuman yang dikeluarkan oleh Istana Negara melalui siaran langsung sebentar tadi, semua ahli parlimen akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini dan esok.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, menjelaskan proses temubual itu akan dijalankan oleh YDP sendiri secara peribadi empat mata dengan setiap ahli parlimen sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Katanya, pertemuan yang dikatakan pertama dalam sejarah itu akan berlangsung sekurangnya 3 minit bagi setiap individu tanpa mengira parti.
Difahamkan, temubual ahli parlimen bersama YDP akan bermula petang ini pada jam 2.30 petang dari kumpulan pertaman manakala selebihnya akan disambung pada esok.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
Sumber : Istana Negara via Astro Awani
The post Pertama Kali Dalam Sejarah, Semua Ahli Parlimen Dipanggil ‘Interview’ Secara Peribadi Oleh Agung appeared first on Siakap Keli.
No comments: