Ads Top

Dilontar Dengan Batu, Kumpulan Hak Asasi Siasat Video Wanita Diseksa

Satu rakaman yang mengerikan menunjukkan seorang wanita di Afghan dilontar dengan batu hingga mati oleh kumpulan yang marah dalam serangan sehingga para aktivis menyalahkan Taliban.

Video itu menunjukkan seorang wanita memanjat dan menjerit dalam lubang serta tanpa belas kasihan dia dilontarkan dengan batu di hadapan orang ramai.

Jurucakap untuk Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani telah menuding jari kepada Taliban dan menuduh kumpulan tersebut sebagai ‘kejam’.

Taliban mendakwa rakaman tersebut adalah dari 2015 tetapi aktivitis tidak mempercayainya dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia negara sedang menyiasat kes itu.

Suruhanjaya hak asasi manusia memberitahu RFERL bahawa ia cuba untuk mengetahui bila video itu dirakam dan kenapa wanita itu dibunuh.

Seorang aktivis berkata pada sabtu lalu, bahawa Taliban telah telah melontar batu kepada wanita itu sejak beberapa hari yang lalu di wilayah Ghor.

“Kehebatan keganasan yang mereka lakukan terhadap wanita dengan ketiadaan undang-undang dan ketenteraman jelas kelihatan,” katanya.

Di dalam video itu, wanita itu boleh didengar menangis dan menjerit ketika orang ramai menjerit ‘Allahu Akbar’ dan memukulnya.

Sumber: Daily Mail

The post Dilontar Dengan Batu, Kumpulan Hak Asasi Siasat Video Wanita Diseksa appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.