Ads Top

Adakah Perlu Menanggalkan Kanta Lekap Ketika Mandi Wajib

Penggunaan kanta lekap sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini sama ada untuk tujuan berhias (kanta lekap berwarna) atau menggantikan pemakaian kaca mata. Kadang kala, saat mengambil wuduk atau mandi wajib sekalipun, si pemakai mungkin tidak menanggalkan kanta lekap tersebut.

Adakah perkara ini dibolehkan sedangkan muka adalah termasuk dalam bahagian yang wajib dibasuh ketika bersuci?

Dalam Mazhab Syafie, bahagian dalam mata adalah tidak termasuk dalam basuhan anggota yang wajib dibasuh sama ada ketika berwuduk atau mandi wajib.

Imam Khatib Al-Syarbini pula berkata bahawa anggota yang wajib dibasuh adalah bahagian luar iaitu yang zahir sahaja. Dalam hal ini, muka adalah bahagian luar sedangkan bahagian yang dalam dan tidak perlu dibasuh adalah bahagian dalam mulut, dalam hidung dan mata. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa makruh hukumnya membasuh bahagian dalam mata kerana boleh membawa mudarat.

Manakala dalam Fatwa Dar Al-Ifta’ al-Misriyah, menyebutkan bahawa membasuh bahagian dalam mata ketika bersuci adalah tidak disyaratkan bahkan tidak diharuskan.

Justeru, pemakaian kanta lekap tidak membawa kesan kepada hukum bersuci sekalipun air terhalang daripada mengenai bahagian dalam mata.

Seseorang boleh sahaja memilih untuk tidak menanggalkan kanta lekap ketika mandi wajib namun lebih baik berhati-hati kerana bimbang air yang termasuk boleh memberi mudarat.

Rujukan:
Mufti Wilayah




No comments:

Powered by Blogger.