Ads Top

(Video) Hidup Susah & Tak Berdaya, OKU Heret Badan Atas Jalan Demi Mencari Sesuap Nasi

Kisah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyayat hati apabila dia terpaksa mengheret badannya diatas jalan kerana keadaan fizikalnya yang tidak mengizinkan demi mencari sesuap nasi.

Tular mengenai satu video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna facebook, Gani Wang Ritam Pali yang memaparkan seorang lelaki OKU terpaksa bekerja keras dengan melakukan pelbagai kerja seperti mencari botol, surat khabar dan sebagainya.

Beliau dilihat tidak dapat berjalan seperti orang lain namun masih mampu bekerja untuk mencari sesuap nasi.

Beliau menggunakan sebuah kereta sorong kayu untuk meletakkan barang-barang yang dikumpulkan.

Keadaannya yang tidak mampu berjalan dan hanya mampu mengesotkan badannya untuk bergerak telah menimbulkan perasaan belas kasihan daripada netizen.

Namun begitu, masih ramai orang yang tidak bersyukur dengan kehidupan yang serba mencukupi pada masa kini.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan supaya saling membantu antara insan yang memerlukan supaya golongan seperti ini tidak terasa tersisih di sisi masyarakat.

Orang ramai yang menonton video ini mendoakan agar lelaki ini sentiasa dimurahkan rezeki.

“Ya Allah limpahkanlah berkatmu atas orang ini”

“Ya Allah alangkah sedihnya aku yang melihatnya”

“Ya Allah berikanlah dia rezeki yang banyak”

Sumber: Gani Wang Ritam Pali

The post (Video) Hidup Susah & Tak Berdaya, OKU Heret Badan Atas Jalan Demi Mencari Sesuap Nasi appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.