Ads Top

(Video) Api Marak Di Pantai Australia, Makin ‘Himpit’ Penduduk & Haiwan Peliharaan Ke Lautan

Kebakaran di Australia sejak November lalu telah menyebabkan pemandangan pantai indah Malua Bay di Australia berubah menjadi ‘neraka.’ Dalam satu video yang tular di Twitter, api marak bagaikan ‘neraka’ mula mendekati kawasan pantai Malua Bay dan membakar belukar berhampirannya serta memerangkap penduduk di sana.

Kelihatan ramai penduduk berlindung di persisiran pantai dengan keluarga dan haiwan peliharaan masing-masing.

Menurut laporan, seramai lebih 5000 penduduk terperangkap di sana dengan bacaan indeks kualiti udara (AQI) melepasi 4000 iaitu lebih 20 kali ganda tahap bahaya (200).

Asap kebakaran di sana juga didakwa tersebar lebih 2000 kilometer sehingga ke New Zealand.

Sumber: Twitter, ABC News

The post (Video) Api Marak Di Pantai Australia, Makin ‘Himpit’ Penduduk & Haiwan Peliharaan Ke Lautan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.