Kerajaan Bincang Perketat Undang-Undang Kesalahan Pemandu Mabuk, Kaji Semula Hukuman
Kuala Lumpur, 29 Jan – Kerajaan akan mengetatkan hukuman ke atas pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Menurutnya, kementerian sedang menunggu pandangan dari pelbagai pihak termasuk pihak perundangan, kesihatan dan keselamatan untuk merangka bentuk hukuman bagi pesalah.
Perkara berkenaan akan dibawa ke Parlimen seawal Jun atau Julai akan datang, tambahnya.
Hukuman semasa bagi pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah hingga menyebabkan kematian adalah denda minimum RM8,000 dan maksimum RM20,000 dan penjara minimun 3 dan maksimum 10 tahun.
Selain itu, had alkohol yang dibenarkan akan turut dikaji semula dari 80mg alkohol/100 ml darah ke tahap yang bakal ditentukan kelak.
Piawai antarabangsa ditentukan World Health Organisation (WHO) adalah 50mg alklohol/100 ml darah, ujarnya.
Sumber: Anthony Loke Siew Fook
The post Kerajaan Bincang Perketat Undang-Undang Kesalahan Pemandu Mabuk, Kaji Semula Hukuman appeared first on Siakap Keli.
No comments: