Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Terjaga Di Tengah Malam
(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Majed Mahmoud, dibawakan oleh One Islam Production)
Antara amalan yang sangat disarankan pada waktu sepertiga malam adalah qiamullail (solat malam) contohnya Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Tahajjud, dan Solat Witir.
Tetapi pasti ada waktunya kita terjaga dari tidur di tengah malam, tetapi terasa malas untuk bangun, tidak mahu pula menyentuh air paip yang sejuk.
Apakah amalan yang paling mudah dilakukan pada waktu itu?
Sekalipun anda masih berada di katil, anda boleh membaca zikir di bawah:
La Ilaha IllAllah
(Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah)
Wahdahu la syariikalah
(Tidak ada sekutu bagiNya)
Lahul mulk
(MilikNya segala kekuasaan)
Walahul-hamdu
(BagiNya segala pujian)
Wa huwa a’ala kulli syai in qodir
(Dan Dialah Maha Kuasa atas segala sesuatu)
Untuk lebih lengkap lagi anda boleh menyambung lagi dengan bahagian kedua iaitu:
Subhanallah
(Maha Suci Allah)
Walhamdu lillah
(Segala puji bagi Allah)
Wala ila ha illAllah
(Dan tidak ada tuhan selain Allah)
Allahuakbar
(Allah Maha Besar)
Wala haula wala quwwata illa billah
(Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)
Ulanglah zikir ini sebanyak yang anda mampu, semoga kerehatan yang anda peroleh lebih diberkati.
No comments: