Aplikasi Tarteel Memudahkan Anda Mengenal Pasti Ayat Al-Quran
Terngiang di telinga anda beberapa patah ayat Al-Quran yang didengari daripada ceramah. Sayangnya anda tidak pula dapat mengenal pasti di surah manakah ayat itu berada.
Tarteel adalah aplikasi percuma yang telah diwujudkan bagi memudahkan anda mengesan dan mengenal pasti ayat Al-Quran melalui kaedah pengecaman suara.
Anda hanya perlu membaca beberapa patah kalimah atau ayat yang diinginkan dan kemudian akan terus terpapar senarai nombor ayat berserta surahnya.
Menurut maklum balas pengguna yang telah memuat turun dan menggunakan aplikasi ini, ia masih boleh mengecam ayat yang dibaca dan mengesan lokasinya di dalam Al-Quran sekalipun sebutan mungkin tidak sepenuhnya tepat dan sempurna.
Ia didatangkan dengan dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dan mempunyai lebih daripada 10 terjemahan daripada barisan syaikh yang terkenal seperti Profesor Syaikh Hasan Al-Fatih Qaribullah dan juga Sayyid Abul Ala Maududi.
Untuk mendapatkan aplikasi ini, anda boleh tekan sahaja pautan yang disediakan di bawah.
Aplikasi Tarteel Untuk Android dan IOS
No comments: