Ads Top

(Video) Tular #ChairChallenge, Kenapa Wanita Lebih Mudah Nak Buat Berbanding Lelaki? Ini Sebabnya

Tular di laman media sosial baru-baru ini tentang satu challenge iaitu ‘chair challenge‘ atau cabaran mengangkat kerusi.

Perkara yang menarik tentang challenge ini adalah hanya wanita yang mampu untuk mengangkat kerusi itu, sebaliknya lelaki tidak boleh.

Cara-cara untuk melakukan cabaran ini adalah, peserta perlu berdiri dengan jarak sebanyak dua tapak dari dinding.

Kemudian, tunduk serta dekatkan kepala ke dinding dan angkat kerusi sambil menegakkan badan.

Apabila kaum wanita melakukan challenge itu, ia kelihatan begitu mudah, tapi mengapa kaum lelaki tidak boleh melakukannya ?

Menurut Profesor Brian Ford daripada Universiti Cambridge hal ini adalah berkait rapat dengan saiz tapak kaki lelaki yang lebih besar menyukarkan mereka mengangkat kerusi dalam keaadan membongkok.

Tambahan lagi, menurut seorang sainstis, Jeremy Johnson, kebnayakan wanita mempunyai pusat jisim yang lebih rendah ke pinggul berbanding lelaki.

Ketika wanita membongkok, pusat jisim mereka adalah di atas kaki mereka namun pusat jisim lelaki pula diatas kerusi tetbabit.

Sumber : Daily Mail

The post (Video) Tular #ChairChallenge, Kenapa Wanita Lebih Mudah Nak Buat Berbanding Lelaki? Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.