Ads Top

“Tunggu Sahaja Kenyataan Rasmi Daripada Finas” – Ahmad Idham

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri enggan mengulas mengenai status kedudukannya di agensi berkenaan.

Ahmad Idhma berkata, buat masa ini dia tidak boleh membuat sebarang kenyataan selagi tiada kenyataan rasmi yang daripada Finas atau Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia.

“Rasanya isu saya ini lebih baik diserahkan kepada pihak kementerian dan ahli perbadanan sama ada mereka akan membuat kenyataan rasmi.

“Selagi tiada apa-apa pengumuman daripada mereka, saya tidak boleh berkata apa-apa. Tentang spekulasi tu, terpulanglah kepada orang yang nak cakap,” ujarnya.

Ahmad Idham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa beliau telah dinasihatkan untuk bercuti daripada jawatannya sebagai CEO Finas.

Menurutnya, dia tidak kisah tentang sebarang keputusan yang akan dibuat memandangkan tujuannya menerima jawatan berkenaan sebelum ini adalah mahu membantu industri.

“Untuk jawatan ini juga saya telah ditawarkan dan bukannya memohon. Apa sahaja keputusan nanti, pada akhirnya saya akan kembali kepada industri.

“Buat masa ini saya masih lagi menjalankan tanggungjawab seperti biasa dan akan buat yang terbaik selagi amanah itu diberikan,” jelasnya.

Ahmad Idham telah dilantik sebagai CEO Finas pada 14 Mac 2019 dan pelantikan tersebut dibuat bagi tempoh dua tahun. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Ahmad Idham

The post “Tunggu Sahaja Kenyataan Rasmi Daripada Finas” – Ahmad Idham appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.