Ads Top

Diana Danielle Enggan Ulas Isu Farid Kamil Masuk Penjara

“Saya tidak mahu beri komen kalau pasal Farid”, tegas pelakon Datin Diana Danielle ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri terbitan Iflix, Ombak Rindu The Series yang berlangsung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Suami Diana, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan di atas kesalahan penyalahgunaan dadah selepas rayuannya ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu.

Mei lalu, Farid Kamil atau nama sebenarnya Datuk Farid Kamil Zahari, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid Kamil, memilih untuk berdiam diri selepas diperintahkan membela diri.

Bagaimanapun, selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman terbabit selepas permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Mengikut pertuduhan, pelakon filem Rempit itu didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, pada 11 Januari 2018. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.