(Video) Pelajar Harvard Tinggalkan Dewan Ketika Wakil Israel Berucap
Sering mendapat sokongan daripada Presiden Amerika Syarikat, Israel seakan-akan sudah ‘naik kepala’ apabila berani menonjolkan diri di khalayak ramai sehinggakan adakan satu lawatan ke sebuah institusi pengajian terkenal, Universiti Havard untuk memberi ceramah.
Terkini, satu video yang mula tular di media sosial menunjukkan sebahagian pelajar yang datang untuk mendengar ucapan daripada Duta Israel, Dani Dayan bangun dan meninggalkan dewan tersebut sebelum majlis bermula sambil mengangkat sepanduk kecil membuktikan mereka sedang protes.
100+ students at @Harvard_Law walk out on a talk hosting extremist settler leader, and current Consulate General of Israel in New York, Dani Dayon.
Dayon was left to speak to an almost empty room. pic.twitter.com/ZHx6tGkxnZ
— Hamzah Raza (@raza_hamzah) November 13, 2019
Difahamkan melalui kiriman dari laman Twitter ini, lebih 100 orang pelajar bangun sambil memegang sepanduk kecil yang tertulis “Settlements are a War Crime” dan keluar dari dewan secara diam, boleh dikatakan dewan tersebut hampir kosong.
Apa yang menyentuh hati para pelajar di universiti tersebut dengan kejadian yang berlaku adalah respon daripada rakan sepejuang dari Gaza menitipkan satu mesej untuk mereka.
Ramai kawan dan keluarga di Gaza menonton rakaman video ini serta melihat gambar-gambar di Twitter dan Facebook walaupun mereka dalam saat getir, mereka masih melihatnya dan ini adalah satu kegembiraan dan kebanggaan buat mereka.

Dayan menamakan mereka yang keluar dari dewan tersebut adalah seorang yang pengecut dalam satu ciapan selepas ucapannya.
Sumber: Hamzah Raza, Arab News
No comments: