(Video) “Gila Padu!” – Saksikan Gol Luqman Hakim Yang Dijaring Dari Tengah Padang Ketika Lawan Kemboja
Perlawanan antara Malaysia dan Kemboja dalam Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 tadi digegar oleh satu gol jarak jauh oleh Luqman Hakim yang dijaring dengan jarak hampir 50 meter dari gol lawan.
Di media sosial, ramai yang tidak menyangkan sepakan yang seolah-olah meliar pada awalnya oleh Luqman itu mampu menyentuh jaring gol lawan.
Malah ada juga yang berkata mungkin gol oleh Luqman itu akan dinobatkan dalam anugerah Puskas. Pengulas siaran langsung itu yang dipercayai dari Kemboja juga dilihat seperti tidak percaya dengan jaringan terbabit apabila melolong ketika jaringan dibuat.
Gol terbabit dijaring pada minit 66 perlawanan.
Saksikan sedutan gol itu dalam video dibawah:
Saksikan jaringan jarak jauh Luqman Hakim dari jarak 50 meter !! Gol yang luar biasa.. Padu!
Semasa: Malaysia 4-2 Kemboja#VocketFC #HarimauMalaya #AFCU19Q pic.twitter.com/HjqayNaAjz
— VOCKET FC (@vocketfc) November 2, 2019
Keputusan perlawanan, Malaysia menang dengan 5 gol berbalas 4.
Senarai penuh penjaring:
Malaysia: Shafi Azswad (30`) Fakrul Iman (39`) Azrin Afiq (42`) Luqman Hakim (66`) Muslihuddin Atiq (72`)
Kemboja: Met Samel (60`) Chea Sokmeng (65`) Ry Leap Pheng (76`) Ly Mael (87`)
No comments: