(Video) CCTV Rakam Detik Pengebom ‘Target’ Ibu Pejabat Polis Medan
Semalam, kecoh diperkatakan mengenai insiden serangan bunuh diri melibatkan bom yang berlaku di Medan Polrestabes, Sumatera Utara. Akibatnya, seorang pengebom berani mati terbunuh dan enam lagi dilaporkan cedera.
Kejadian itu berlaku pada Rabu (11/13/2013) , sekitar 08.45 pagi menyebabkan pelakunya meninggal dunia dengan tubuh hancur akibat bom yang diikat pada tubuh badannya.
Mereka yang cedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mengikut laporan media tempatan, sebelum kejadian itu berlaku, pelaku sudah melalui pemeriksaan polis sebelum dibenarkan masuk ke dalam ruangan balai polis.
Pelaku dilaporkan memakai pakaian perkhidmatan pengangkutan dan memasuki ibu pejabat polis seolah-olah mahu melakukan urusan di pejabat polis tersebut.
Menurut seorang penyelidik di Institut Analisis Kebijakan Konflik (IPAC), kejadian yang berlaku semalam itu dikaitkan dengan serangan terhadap polis apabila dikatakan “polis menjadi musuh nombor satu” dari kumpulan pengganas.
Tambah Sidney Jones, serangan terhadap polis dan aset mereka telah dapat dikesan pada tahun 2010 apabila terdapat suspek kem latihan pengganas yang dibongkarkan oleh pihak polis di Acheh.
Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit atau menjadi mangsa dalam kejadian itu.
Sumber: Bernama, BBC / DetikNews
No comments: