Remaja Buta Warna Menangis Pertama Kali Lihat Warna ‘Sebenar’ Lepas Pakai Kaca Mata Khas
Satu momen mengharukan telah tular di media sosial yang menyaksikan seorang kanak-kanak buta warna buat pertama kalinya boleh melihat warna ‘sebenar’ apabila dia memakai kaca mata khas.
Momen yang dirakam di sebuah sekolah di Cottonwood, Minnesota pada minggu lalu itu memperlihatkan Jonathan Jones, 12, menangis selepas guru besarnya yang juga buta warna meminjamkan cermin mata unik miliknya semasa kelas sains.
Sebaik sahaja Jonathan memakai kaca mata itu, dia dilihat tidak dapat mengawal perasaannya. Dia dilihat tersenyum dan ketawa namun menangis tidak lama selepas itu.
Dia juga berjalan di dalam kelas tersebut dengan senyuman yang lebar dan meneroka warna yang sangat jelas di sekelilingnya.
“Saya sangat gembira kerana akhirnya saya dapat melihat semua warna namun sedikit sedih kerana saya tidak dapat melihat warna selama saya hidup,” katanya.
Ibunya, Carole Walter Jones, telah memuat naik video ke dalam media sosial dan memulakan kempen GoFundMe untuk membeli sepasang kaca mata unik itu untuk Jonathan dan telah meraih lebih daripada RM100 ribu.
This boy gets so emotional after seeing colours for the first time pic.twitter.com/dsOsKFAxGh
— The Sun (@TheSun) November 30, 2019
The post Remaja Buta Warna Menangis Pertama Kali Lihat Warna ‘Sebenar’ Lepas Pakai Kaca Mata Khas appeared first on Siakap Keli.
No comments: