Ads Top

Pesanan Buat Kita Yang Pernah Berfikir Untuk Berputus Asa

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan, diterbitkan oleh IluvAllah)

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

(Wala tahinuu, wala tahzanuu, wa antumul a’launa in kuntum mu’minun)

“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

Inilah kata-kata yang perlu diingati setiap kali anda berasa lemah dan sedih menempuh cabaran-cabaran dalam kehidupan.

Perkataan ‘tahinu’ dalam ayat di atas berasal daripada perkataan ‘wahn’ yang membawa erti rasa lemah dan putus asa dalam hidup. Apa pun yang dilakukan tidak membuahkan hasil dan akhirnya ia membawa kepada situasi kedua yang disebutkan iaitu ‘tahzanu’ yang membawa maksud sedih.

Lihat bagaimana Allah tidak hanya menfokuskan pada keadaan sedih sahaja tetapi menyebut puncanya iaitu rasa lemah dan putus asa kerana suatu kegagalan.

Apa yang perlu dibuat dengan kegagalan tersebut?

Allah membangkitkan semangat kita dengan membawakan kisah lain pada ayat seterusnya iaitu:

“Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)…” (Surah Ali-Imran 3:140)

Allah memberitahu bahawa kegagalan adalah suatu hal lumrah dalam kehidupan. Ia bersilih ganti dengan kesenangan. Jika ia adalah suatu yang akan bertukar dan bergilir, maka mengapa perlu terlalu bersedih. Ada hari kita gembira dan ada hari kita perlu berhadapan dengan masalah dan kegagalan.

Di akhirnya Allah berkata ujian inilah yang akan membezakan tahap keimanan setiap orang, sama ada bersabar atau tidak.

“…supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya…” (Surah Ali-Imran 3:140)

Wallahua’alam.




No comments:

Powered by Blogger.