Negara Buku Mega 2019 Kembali Buat Pencinta Buku
Buat mereka yang gemar membeli-belah sudah pastinya mempunyai saluran dan tarikh yang tepat untuk membeli seperti jualan 11.11 dan juga Black Friday.
Namun, buat mereka yang mencintai buku, pasti tercari-cari jualan mega seperti ini yang bakal berlangsung.
Kini, tidak usah bimbang dan resah lagi kerana Negara Buku Mega 2019 anjuran Karangkraf kembali lagi.
Jualan buku ini berlangsung secara besar-besaran dengan harga jualan yang hanya RM10 untuk setiap buku dan terdapat lebih daripada 1000 000 buah buku dengan 12 genre dan 30 penerbit yang menjadi tumpuan ramai.
Jualan buku ini berlangsung selama 60 jam tanpa henti bermula daripada 29 November sehingga 1 Disember 2019, pada 9.00 pagi (Jumaat) sehingga 9.00 malam (Ahad).
Ia diadakan di Karangkraf, Sek 15 Shah Alam, iaitu di Studio F dan Auditorium. Buat anda yang berminat untuk ke sana dengan kenderaan sendiri, tidak perlu bimbang dengan masalah parkir kerana ruang parkir yang disediakan adalah secara percuma.
Buat anda yang datang dengan pengangkutan awam pula, tidak perlu risau kerana ia berdekatan dengan KTM Shah Alam, iaitu selama 5 minit sahaja.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan juga termasuklah pertandingan e-sukan dan permainan moden yang dilakukan serentak seperti pertandingan PUBG, Mobile Legends dan Beyblade.
Ia juga sesuai untuk ibu bapa yang ingin mengisi masa lapang di cuti sekolah ini bersama anak-anak kerana pelbagai aktiviti menarik serta genre buku yang dijual.
Sehingga waktu ini, media sosial telah dihujani dengan tanda pagar #negarabukumega dan #NegaraBukuMega2019 bagi menunjukkan kemeriahan yang sedang berlangsung di sana.
Buat anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari Negara Buku Mega 2019 secara terus.
No comments: