Ads Top

Mengapa Nabi Ibrahim Disebut Dalam Tahiyat Akhir

Duduk tahiyyat akhir, membaca tasyahud akhir dan selawat ke atas nabi selepas tasyahud akhir merupakan antara rukun solat yang wajib dilakukan.

Dalam bacaan tahiyat atau juga disebut sebagai tasyahud merupakan sebuah doa yang dibaca oleh hambaNya di dalam solat.

Malah, diceritakan bahawa Tahiyat merupakan sebahagian daripada perbualan yang berlaku semasa peristiwa Isra’ Mikraj, di antara Nabi Muhammad dan juga Allah.

Kisah ini ada disebutkan melalui Tafsir Al-Samarqandi yang merungkai mengenai surah Al-Baqarah, ayat 285.

Kenapa Nabi Lain Tidak Disebut Di Dalam Tahiyat

Mungkin anda pernah terfikir bahawa mengapa bacaan tahiyyat ada disebut nama Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW sahaja. Mengapa kita tidak berdoa dengan nama nabi lain juga sedangkan kita mempunyai lagi 23 Rasul yang diketahui.

Menurut perbahasan ulama’, sebab utama yang paling jelas ialah Nabi Ibrahim merupakan bapa kepada kebanyakan nabi.

Kita mengetahui sejarah Nabi Ibrahim yang telah berkahwin dengan Siti Hajar dan Siti Sarah. Siti Hajar ialah ibu kepada Nabi Ismail manakala Siti Sarah ialah ibu kepada Nabi Ishak.

Keturunan Nabi Ismail dan Nabi Yaakub pula ialah Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ayub, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zakaria, Nabi Ilyas, Nabi Yahya dan Nabi Isa serta nabi kita sendiri, iaitu Nabi Muhammad SAW.

Disebabkan itu, bacaan selawat ke atas Nabi Ibrahim adalah merangkumi semua nabi yang ada, manakala selawat ke atas Nabi Muhammad pula kerana Baginda merupakan penghulu kepada sekalian umat manusia.

Maksud: “Dari Abdurrahman bin Abu Laila RA, katanya: Kaab bin Ujrah menjumpai saya, lalu ia berkata: “Bolehkah saya hadiahkan kepada engkau satu hadiah yang saya dengar dari Nabi SAW?” Jawab saya: “Ya, baiklah! Hadiahkanlah kepada saya!”

Lalu ia berkata: “Kami bertanya pada Rasulullah SAW: “Bagaimanakah caranya selawat kepada tuan sekeluarga? Sesungguhnya Tuhan telah megajar kami cara memberi salam.”

Baginda bersabda: “Bacalah: Wahai Tuhan! Berilah rahmat atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi rahmat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia! Berilah keberkatan atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi keberkatan atas Ibrahim dan Keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1477)

Nabi Ibrahim juga digelar khalilullah, iaitu kekasih Allah kerana melalui beliau lahirnya para nabi yang menyampaikan ajaran Islam.

ÙˆَاتَّØ®َذَ اللَّـهُ Ø¥ِبْرَاهِيمَ Ø®َÙ„ِيلًا

Mafhum: “Dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.” (Surah An-Nisa, 4:125)

Wallahu a’alam.

Mufti Wilayah




No comments:

Powered by Blogger.