Ads Top

Masjid Wazir Khan Dibina Dengan Warisan Mughal

Tahukah anda, selain Masjid Badshahi yang terbesar di Pakistan, terdapat sebuah lagi masjid yang dibina terlebih dahulu sebelumnya dan dinamakan dengan nama arkitek tersebut.

Masjid tersebut ialah Masjid Wazir Khan yang terletak di Kota Lahore dan merupakan masjid kedua terbesar selepas Masjid Badshahi dan yang tertua di Pakistan.

Pembinaan masjid ini telah dibina pada 1634 sehingga 1641, iaitu sejak zaman Dinasti Mughal sewaktu pemerintahan Sultan Shah Jehan.

Arkitek yang membinanya ialah Syeikh Ilamudin Al-Ansari Alias Wazir Khan yang menjawat jawatan sebagai Gabenor Punjab pada waktu itu. Malah, dikatakan bahawa beliau telah membina beberapa masjid selain daripada karyanya terhadap Wazir Khan.

Masjid ini pada asalnya hanya digunakan sebagai Solat Jumaat dan tempat ibadah para gabenor, namun setelah diubah suai kembali, ia dibuka kepada umum dan sehingga kini jemaah tidak putus-putus menghadirinya.

Terdapat pelbagai kemudahan penting yang turut dibina di situ termasuklah ruang untuk mengadakan kuliah, tempat santai para jemaah yang dibina di hadapan masjid dengan pancutan air kolam yang menenangkan, ruang parkir yang luas dan juga tempat wuduk yang selesa.

Seni bina yang mengekalkan warisan Mughal dan Punjab sungguh menarik perhatian mata yang memandang dengan dihiasi batu-batu dan ukiran khat yang cukup indah.

Kini, walaupun ia kelihatan klasik kerana hasil binaannya yang sudah lama, namun ia masih lagi menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan bagi menunaikan solat dan melihat sejarah yang ada.

Buat anda yang berminat untuk melihat warisan peninggalan Mughal, boleh meletakkan masjid ini sebagai salah satu senarai destinasi percutian anda.

Rujukan:
Masjid Wazir Khan




No comments:

Powered by Blogger.