Ads Top

Masjid Syeikh Zayed Yang Terbesar Di Abu Dhabi

Abu Dhabi merupakan sebuah kota yang memiliki masjid terbesar ketiga di dunia, iaitu selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Uni Emirat Arab (UEA) merupakan sebuah negara yang kaya dengan ketamadunan dan seni bina islamnya. Dikatakan bahawa presiden mereka pada waktu itu, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan telah mengemukakan idea untuk membina masjid terbesar ini.

Beliau telah memilih sendiri tempat bagi pembangunan masjid ini dengan lokasi yang strategik yang menunjukkan ketinggian 11 meter dari permukaan laut dan 9.5 meter di atas permukaan jalan.

Masjid ini telah siap sepenuhnya dan dibuka secara rasmi pada tahun 2007 yang memakan masa selama hampir 12 tahun.

Ia juga merupakan idea daripada beberapa orang arkitek hebat dari Itali, UEA dan Amerika yang menggabungkan inspirasi daripada Turki, Morocco, Pakistan dan juga Mesir.

Ia telah dirasmikan pada 20 Disember 2007 dengan upacara pembacaan doa buat kali pertama di hadapan Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, Presiden UEA ketika itu yang menggantikan Syeikh Zayed.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kubah Emas kerana ia memiliki rekaan kubah yang sangat menarik dengan memaparkan warna putih dan dikatakan jumlah kubah yang terdapat di situ ialah sebanyak 82 kubah.

Ia juga tersenarai dalam masjid yang terbesar di Abu Dhabi yang mampu memuatkan seramai 40 000 jemaah dalam satu-satu masa.

Buat anda yang tertarik untuk mengunjungi masjid ini sekali gus merasai pengalaman beribadah di masjid ini, bolehlah menjadikan UEA sebagai destinasi percutian anda yang akan datang.

Wallahu a’alam.




No comments:

Powered by Blogger.