Makan Nasi Dengan Ubi Kayu, Anak 10 Tahun Hidup Berdikari Lepas Semua Keluarga Meninggal Dunia
Seorang budak lelaki dari Vietnam yang baru berusia sepuluh tahun telah hidup sebatang kara setelah kematian neneknya dan bapanya dalam masa yang singkat.
Kanak-kanak lelaki itu dikatakan telah kehilangan ibunya semasa masih kecil lagi sementara bapanya dulu bekerja sebagai pekerja pembinaan di bandar.
Beliau terpaksa menanam sayur-sayuran untuk menampung keperluan hariannya. Beliau seorang yang cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan kehidupannya.
Walaupun hidup dalam kekurangan beliau tetap bersekolah dan belajar bersungguh-sungguh.
Pihak sekolah dikatakan telah berusaha untuk mencari keluarga angkat kepada kanak-kanak itu. Namun, ditolak olehnya kerana ingin hidup berdikari serta tidak mahu meninggalkan rumah dan kampung halamannya itu.
Sumber: Laodong TV
The post Makan Nasi Dengan Ubi Kayu, Anak 10 Tahun Hidup Berdikari Lepas Semua Keluarga Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.
No comments: