(Video) Viral Rakaman Makcik Nyaris Jadi Mangsa Samun, Lelaki Bersenjatakan Pisau Tiba-Tiba Muncul Depan Rumah
Sering kita dengar mengenai kes jenayah yang berlaku pada hari ini. Terdapat kes jenayah yang berlaku sehingga menyebabkan banyak nyawa yang melayang. Tidak kurang kes samun bersenjata yang kerap kali berlaku terutama kepada golongan wanita dan warga emas. Mereka sering dijadikan mangsa terhadap kegiatan jenayah yang dilakukan.
Pada 25 Oktober 2019 satu kejadian samun menggunakan senjata telah berlaku di AU5C Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Kes samun bersenjata ini dapat dilihat dalam satu rakaman CCTV yang disiarkan di Info Roadblock JPJ/POLIS.
Menurut rakaman CCTV tersebut, seorang wanita yang kelihatan sedang berjalan menuju ke kereta yang diletakkan diluar pagar rumah tiba-tida dihampiri seorang lelaki bermotosikal dengan memegang sebilah parang menuju kearahnya.
Namun, cubaan untuk menyamun ke atas wanita tersebut gagal kerana dia sempat melarikan diri ke dalam rumah serta kelihatan terdapat sebuah motosikal yang sedang melalui kawasan tersebut.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku terutama golongan wanita dan warga emas.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
No comments: