Ads Top

”Jaga Isteri Macam Raja..” Shuib Kena ‘Pau’ Dengan Bini, Sarah Bagi Respon ‘Win’

Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib Sepahtu seringkali mencuri perhatian ramai warganet melalui video melucukan yang dimuat naik di media sosial mengenai kehidupan mereka.

Terbaru, satu perkongsian yang mendapat perhatian ramai adalah tips murah rezeki yang diberikan Siti Sarah kepada semua pasangan di luar sana.

Caption tersebut yang disertakan dengan sebuah video mencuit hati netizen apabila kelihatan sifat pemurah Shuib yang tidak pernah berkira dengan isterinya itu.

Allah meletakkan kami sekeluarga di kedudukan yang tidak pernah kami duga

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga Alhamdulillah… antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!! Ibu yg melahirkan awak .. kalau bagi sejuta sebulan pon belom cukup untuk bayar balik sewa yg awak pernah duduk dalam perut ibu😭😭 .. jangan kedekut dengan isteri .. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pon jangan lah ambil kesempatan pada suami .. isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan. Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama2 ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama2. isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tampa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak😭😭 jaganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.. tag your husband and pls tag your wife 😘😘😘😘

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Senyuman paling manis hanya untukmu..

Rata-rata netizen turut mendoakan kesejahteraan hubungan pasangan tersebut yang sudah berkahwin sejak tahun 2011.

Sumber : Instagram sitisarahraissuddin




No comments:

Powered by Blogger.