Zamani Selamat Mendirikan Rumah Tangga Dengan Wanita Pilihan
Dengan sekali lafaz, Zamani Ibrahim telah selamat menamatkan zaman bujang beliau dengan wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani.
Majlis pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan itu telah berlangsung di Ampang Kuala Lumpur, dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.
Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 bersama hantaran perkahwinan 7 berbalas 9.
Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.
Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. – KopiPlanet.com
The post Zamani Selamat Mendirikan Rumah Tangga Dengan Wanita Pilihan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: