(Video)”Jambatan ‘To Nowhere'” Seram, Netizen ”Share” Hujung Jambatan P.Pinang Hilang Ditelan Jerebu
Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), jerebu di kebanyakan negeri di Malaysia masih berada pada tahap tidak sihat dengan jarak penglihatan yang terhad.
Sebanyak 1,484 sekolah ditutup di tujuh negeri akibat peningkatan bacaan IPU daripada sederhana kepada tahap sangat tidak sihat sehingga mencecah 200 di beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga semalam.
jerebu kali tak lawak. first time jambatan pulau pinang tk nampak penghujung dia pic.twitter.com/mRf8eKMUTm
— お茶 (@afshashi) September 18, 2019
Menurut Afshashi, kira-kira dua hingga tiga jam selepas gambar diambil, IPU telahpun mencecah 234 di kawasan berhampiran jambatan Pulau Pinang.
baru 2-3 jam bacaan dah naik pic.twitter.com/X9M1DG0U4S
— お茶 (@afshashi) September 18, 2019
Kirimannya mendapat pelbagai reaksi warga maya termasuk penduduk tempatan yang melalui jambatan berkenaan.
“Macam menuju ke alam barzakh..”
Semalam aku bwk moto atas jambatan tengah malam rasa mcm otw ke alam barzakh gelap nakharam taknampak apa
— Z A F (@allhailfaz) September 18, 2019
“Jalan ke syurga..”
Jalan ke Syorgaa
— syedness
(@syedahmdfrdaus) September 18, 2019
“Jangan kata penghujung, tengah jambatan pun tak nampak.”
Jangan kata penghujung, tengah jambatan pon tak nampak
— هنيديو
(@ftnaxx) September 18, 2019
“Ni gambar waktu malam. Biasa akan nampak lampu kat belah seberang. Sangat menakutkan.”
Ni gambar waktu malam yg biasa akan nampak lampu kt belah seberang. So scary pic.twitter.com/19suUD1rrP
— Ammar Rosdi (@ammartote98) September 18, 2019
Bacaan IPU hari ini di lokasi berhampiran jambatan tersebut berkurang kepada 166, namun masih berada pada tahap tidak sihat.
Sumber: Afshashi
No comments: